Pengenalan EEM2U

Web Pembelian EEM2U

Era Edar Marketing Sdn. Bhd. kini bergerak ke arah kearah digitalisasi sebagai usaha syarikat untuk lebih mudah di capai oleh pengguna setia kami. Atas dasar ini, syarikat mengambil inisiatif untuk melancarkan laman sesawang pembelian secara atas talian iaitu www.eem2u.com.my. Dengan terlancarnya laman sesawang ini, ramai pengguna produk kami akan menerima pelbagai keistimewaan melalui kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak syarikat.

Sejak dilancarkan secara umum pada April 2021, terdapat kempen yang telah dilaksanakan dan masih tetap diteruskan iaitu :-

1) Bonus Penajaan Ahli

2) Bonus Belian

3) Bonus Jualan Kumpulan

4) Bonus Kepimpinan Silver

5) Bonus Kepimpinan Gold

 

Langkah – langkah Menggunakan Laman Web EEM2U

1. Mendaftar Ahli EEM2U

Untuk menerima manfaat yang ditawarkan, anda perlu mendaftar sebagai ahli melalui link ini >>>Borang Pendaftaran Ahli<<< .

Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat. Setelah selesai, tekan butang ‘SUBMIT’ dan anda perlu membuat pembayaran ahli RM50.00 untuk mengaktifkan status keahlian.

2. Log Masuk Sistem Ahli

Laman ini merupakan dashboard ahli yang menyimpan maklumat ahli, point terkumpul, baucar dan juga info terkini syarikat serta kempen. Untuk Log Masuk, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.

 3. Daftar Akaun Belian Online

Sebelum anda boleh membuat pembelian produk dengan harga ahli, anda perlu mewujudkan Akaun Belian Online di dashboard Sistem Ahli.

4. Log Masuk Untuk Membeli

Tahniah ! Anda telah berjaya mewujudkan akaun belian online. Untuk membuat pembelian dan menerima harga ahli, Log Masuk disini >>> Log Masuk Belian Ahli <<<

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial